Big Data & IKS: Data Analitik Untuk Usahawan Industri Kecil dan Sederhana

RM 39.00

Buku Big Data dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) bertujuan memberi penerangan tentang konsep ‘Big Data’ atau Data Raya yang kian dibincangkan di merata dunia, khususnya aplikasi ilmu big data untuk kumpulan perniagaan kecil dan sederhana.

Out Of Stock

SKU: DSMZ-BIGDATA-01 Category: Tags: , ,

Description

KONSEP PENTING BIG DATA DALAM INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Buku Big Data dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) bertujuan memberi penerangan tentang konsep ‘Big Data’ atau Data Raya yang kian dibincangkan di merata dunia, khususnya aplikasi ilmu big data untuk kumpulan perniagaan kecil dan sederhana.

Perkembangan Big Data ini adalah antara hasil perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan ‘Internet of Things (IOT)’ atau ketersambungan barangan internet, yang mana memberi kesan yang mendalam dan pengertian yang sungguh bermakna kepada kehidupan harian kita pada masa kini. Justeru, usahawan dan perniagaan kecil dan sederhana perlu memahami dan mengecapi perkembangan tersebut sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat yang berkembang dengan pesat tanpa batasan geografi atau budaya masyarakat.

Buku ini akan menerangkan konsep Big Data dan memberi penerangan serta contoh-contoh kesan Big Data kepada dunia perniagaan umumnya dan perniagaan kecil khususnya serta beberapa contoh kajian kes dibincangkan untuk memudahkan kefahaman aplikasi Big Data tersebut. Pembaca juga didedahkan kepada hubung kait di antara persekitaran perniagaan dengan Big Data dan kegunaan Big Data kepada usahawan, industri kecil dan sederhana. Memahami kesan faktor luaran ke atas perniagaan adalah sangat penting untuk merancang operasi perniagaan.

Salah satu perkara terpenting adalah memahami kaedah menyertai Big Data. Perbincangan aspek teknikal Big Data dari segi sistem, rangkaian dan proses teknologi maklumat adalah antara persediaan Big Data. Selain itu, buku ini turut menerangkan proses menggunakan Big Data, kaedah mencari maklumat dan teknik mengumpul maklumat untuk menganalisis data. Pengunaan data untuk industri kecil dan sederhana juga diterangkan selain langkah-langkah terperinci, langkah perlaksanaan dan juga cabaran melaksana dan membangunkan Big Data.

Penulis
MD ZABID HJ ABDUL RASHID


Datuk Seri Dr. Md Zabid Hj Abdul Rashid adalah mantan Profesor Pengurusan di UniRazak, OUM dan UPM dari tahun 1999 hingga 2017. Beliau berkelulusan tinggi Doktor Sains (D.Sc) dalam jurusan Pengurusan dari University of Aix-Marseille/ ESSEC, Perancis. Beliau telah dijemput sebagai pengulas, pembicara dan juga tetamu undangan dalam program bicara ilmiah di kebanyakan saluran media seperti RTM, TV 3, NTV 7, TV 9, TV-Al-Hijrah, Astro Awani, Radio Bernama, Traxx FM, BFM dan Kelantan FM. Beliau memiliki pengalaman luas dalam pengurusan kanan, pentadbiran akademik, perkhidmatan latihan dan nasihat dalam pelbagai bidang termasuk analitik big data, perancangan/ pengurusan strategik, strategi bersaing, pengurusan sumber manusia, penyelidikan pemasaran/perniagaan, pengurusan silang-budaya, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial, pengurusan bukan keuntungan, dan pengurusan organisasi. Beliau telah menulis dan menerbit lebih dari 150 makalah dan artikel dalam dan luar negara termasuklah ‘top-tier journal’ dan juga seminar dan persidangan antarabangsa.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Big Data & IKS: Data Analitik Untuk Usahawan Industri Kecil dan Sederhana”

Your email address will not be published. Required fields are marked *