Date/Time
Date(s) - 10/12/2025
9:30 am - 4:30 pm
Location
Menara Yayasan Tun Razak, Bukit Bintang
Categories

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) hari ini diselubungi dengan suasana persekitaran yang berubah dengan cepat, ketidaktentuan yang bertambah rumit, isu yang kompleks saling berkait diantara satu sama lain, dan situasi yang kabur dari realiti. Hal tersebut ditambah dengan kehilangan keyakinan dan kepercayaan, pola ekonomi yang bertentangan dan trend dinamis dalam lingkungan ekonomi baharu.
SEMINAR STRATEGI BARU PKS MENDEPANI ERA VUCA
Strategi Perusahaan Kecil & Sederhana dalam Era VUCA
Dalam usaha menangani cabaran ini, pemimpin utama PKS bertanggungjawab menjamin kesejahteraan PKS masing-masing khususnya membangun dan memupuk bakat muda dari segi pembelajaran, pemikiran dan gelagat terhadap kelestarian pembangunan mampan.
Seminar Strategi Baru PKS Mendepani Era VUCA adalah satu program terbaru yang dibawakan khas oleh DSMZ Service Sdn Bhd. Ia sesuai untuk anda hadiri dan pelajari cara untuk mengatasi masalah dalam era yang penuh ketidaktentuan ini untuk syarikat atau koperasi dengan mengatur strategi baharu menggunakan teknik AMIRA iaitu Awareness, Mission, Innovation, Role, Action.
Teknik AMIRA adalah pendekatan penyegaran semula untuk mengkaji dan menilai semula isu-isu kontemporari yang perlu diberi perhatian dan penelitian segera bagi meremajakan kebangkitan semula PKS dalam lingkungan bisnes yang begitu mencabar pasca era digital.
Seminar ini berjalan selama 7 jam dan ia adalah bengkel bersama rakan sejawat, termasuk membangkit persoalan dan mencabar solusi dalam kumpulan. Program ini juga termasuk sesi berinteraksi dan pertukaran idea bersama ahli-ahli yang lain yang boleh menjana informasi dan pengetahuan baru, serta perkara berkaitan transformasi PKS oleh penceramah profesional.
Objektif
Diakhir program ini, peserta dapat:
- Meningkatkan pengetahuan mendepani trend bisnes yang penuh ketidaktentuan
- Meningkatkan kemahiran dan keupayaan meninjau dan meneliti peluang-peluang baru bisnes untuk PKS
- Meluaskan pendekatan memperkasakan aktiviti pergerakan bisnes masing-masing
- Berupaya membina pelan strategi baru PKS menjelang era VUCA yang mencabar
Kandungan Modul
Modul 1 – Perubahan Persekitaran
- Meninjau trend bisnes dan pergolakan global, ASEAN & Malaysia
- Meneliti isu bisnes seperti perubahan iklim, kesenjangan kakitangan PKS, pendigitalan, tadbir urus, integriti, staf pelbagai generasi, keselamatan siber dan media sosial
- Perubahan struktur industri
- Analisis imbasan persekitaran
Modul 2 – Visi & Misi
- Mengapa PKS tubuh perniagaan?
- Siapakah golongan sasaran pengguna PKS?
- Bagaimana memenuhi keperluan pengguna?
- Pentakrifan semula perniagaan PKS
Modul 3 – Inovasi & Kreativiti
- Pembentukan pemikiran strategik idea kreatif
- Penjanaan idea kreatif
- Model baru bisnes inovasi
- Kanvas model perniagaan
Modul 4 – Peranan & Tanggungjawab
- Struktur, Strategi dan Budaya
- Kajisemula proses perniagaan
- Peranan dan tugas pemimpin PKS
- Pengukuhan kerja berpasukan
Modul 5 – Pelan Tindakan
- Budaya baru PKS
- Penjajaran operasi PKS
- Merapatkan jurang – Apa, Mengapa & Bagaimana
- Ke arah kecemerlangan PKS
- Kanvas perlaksanaan strategi

Nota: Peserta yang datang lebih dari seorang akan mendapat senaskhah buku Big Data dan IKS – Data Analitik Untuk Usahawan IKS – sebuah buku yang padat dengan penerangan mengenai konsep penting Big Data dalam mencorak industri kecil dan sederhana khususnya aplikasi ilmu big data untuk industri ini.