Map Unavailable

Date/Time
Date(s) - 20/07/2022
9:00 am - 1:00 pm

Categories No Categories


Berniaga dah bertahun-tahun, data dan maklumat pelanggan pun dah banyak, resit, invoice belian barang masih kemas tersimpan dan dicatatkan, data-data rekod POS System juga teratur kemas dalam simpanan.  Namun begitu kita masih lagi buntu apa yang perlu dilakukan kepada data-data yang disimpan.  Keadaan menjadi lebih kritikal seandainya data-data tersebut tidak disimpan.  Maklumat pelanggan tidak dapat diatur dengan baik. Senarai pelanggan tidak disimpan kemas, tiada POS System yang membantu mencatat belian pelanggan.  Jualan dan belian hanya didapati dengan “agak-agak” atau “rasa-rasa” sahaja.  Peniaga jarang menganalisis perniagaan melalui data yang ada sekaligus tidak mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan tanpa fakta dan angka yang tepat.

WEBINAR DATA DRIVEN: PROBLEM SOLVING & DECISION MAKING

PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN BERASASKAN DATA

Senario di atas adalah merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh para peniaga mahupun koperator dalam menyelesaikan masalah dan tugasan harian. Kegagalan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan berkesan menyukarkan matlamat organisasi untuk dapat dicapai. Ia ditambah lagi perubahan persekitaran kerja, ancaman pandemik, endermik dan pengalaman yang terhad yang dimiliki individu menjadi suatu kekangan dan boleh mengganggu prestasi dan kualiti kerja.  Ia juga menjurus kepada peniaga terpaksa berhadapan dengan stres dalam kerja dan kehidupan seharian. Justeru, kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan sangat mempengaruhi tahap kesihatan organisasi.

Webinar Data Driven: Problem Solving & Decision Making adalah satu program terbaru yang dibawakan khas oleh DSMZ Service Sdn Bhd. Ia sesuai untuk anda hadiri dan pelajari bagaimana cara untuk mengatasi masalah dan membuat keputusan untuk syarikat atau koperasi dengan menggunakan data-data atau maklumat yang anda miliki mahupun syarikat yang tidak mempunyai atau menyimpan data. Beberapa teknik akan diperkenalkan untuk mencari solusi bagi mengukuhkan kembali prestasi syarikat masing-masing demi menembusi pasaran baharu yang lebih luas dan besar, mengalahkan pesaing, selain membina rangkaian pelanggan terkini yang menggemari produk atau brand anda.

Isi kandungan program dibuat Untuk Pemilik Bisnes atau Koperator yang sedang mencari jalan keluar bagi meningkatkan prestasi syarikat dengan menggunakan data-data yang ada mahupun tanpa data.

Seminar Data Driven: Problem Solving & Decision Making adalah seminar selama 4 jam yang padat dengan ilmu dan proven real strategies yang bakal menyelesaikan masalah bisnes anda dengan menghuraikan permasalahan yang membelenggu perkembangan bisnes dan menunjukkan cara bagaimana anda ingin membuat keputusan melalui data analitik atau dashboard yang boleh anda sediakan. Anda akan dilampirkan dengan mudah teknik-teknik:

  1. mengumpul data
  2. membangun atau membina data
  3. kaedah menganalisis data
  4. menyertai proses peringkat yang paling penting iaitu mengira kos pengeluaran sesuatu produk dan mengetahui margin jualan sesuatu produk menggunakan data

Nota Yang Komprehensif

Nota-nota yang eksklusif yang membincangkan topik seminar yang padat dan menyeluruh ini menyentuh dua (2) isu utama iaitu isu Penyelesaian Masalah dan Pembuatan Keputusan dengan menggunakan data mahupun tanpa data.  Kedua-dua prasyarat ini sangat penting dalam usaha mengembang dan mempertahankan jangka hayat bisnes secara generik. Melalui data yang dianalisis peserta dapat menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan lebih tepat, jitu dan berfakta.  Peserta juga berpeluang membaca trend perniagaan, untung rugi serta menganalisis kelemahan serta kekurangan serta ketirisan yang berlaku dalam syarikat sendiri. Data maklum balas pelanggan dan lain-lain lagi boleh dijana dengan baik melalui teknik pengumpulan data yang baik. Sesi pencerahan langkah demi langkah dan proses sebenar untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi sekian lama.

Faedah Data-Driven kepada Proses Penyelesaian Masalah dan Pembuatan Keputusan

Usah terbelenggu dengan masalah atau bisnes tidak boleh berkembang tanpa kita memberi terapi khusus kepada data atau maklumat yang kita miliki. Kuasa data atau maklumat  dapat memberi impak besar dan memberi justifikasi kepada:

  1. Pencapaian yang bernilai
  2. Pertumbuhan yang rancak
  3. Menambah baik hasil perubahan
  4. Mengoptimumkan operasi
  5. Meramal pergerakan perniagaan di masa hadapan
  6. Membuat tindakan mengikut keperluan

Menurut majalah tersohor ‘The Economist’ melaporkan pada 6hb Mei 2017, “The world’s most valuable resource is no longer oil, but data. Data adalah satu komoditi yang berharga hari ini kerana ‘hanya jauhari juga yang mengenal manikam’. Hanya mereka yang tahu dan mengenali data sahaja yang dapat menilai kegunaan data untuk menambahkan hasil jualan, pendapatan atau keberuntungan usaha yang dijalankan.

Jangan lepas peluang keemasan ini!

 

ALAH BISA TEGAL BIASA! KECIL TAPAK TANGAN NYIRU DITADAHKAN

Jom DAFTARKAN penyertaan anda segera! 

 

Nota: Peserta early-bird yang mendaftar sebelum 30 Jun 2022 akan diberi senaskhah buku Big Data dan IKS – Data Analitik Untuk Usahawan IKS – sebuah buku yang padat dengan penerangan mengenai konsep penting Big Data dalam mencorak industri kecil dan sederhana khususnya aplikasi ilmu big data untuk industri ini.