Penceramah

Kenali Penceramah Dalam Webinar Ini

DATUK SERI DR MD ZABID HJ ABDUL RASHID

Pakar Data Analitik


Datuk Seri Dr. Md Zabid Hj Abdul Rashid adalah mantan Profesor Pengurusan di UniRazak, OUM dan UPM dari tahun 1999 hingga 2017. Beliau berkelulusan tinggi Doktor Sains (D.Sc) dalam jurusan Pengurusan dari University of Aix-Marseille/ ESSEC, Perancis. Beliau telah dijemput sebagai pengulas, pembicara dan juga tetamu undangan dalam program bicara ilmiah di kebanyakan saluran media seperti RTM, TV 3, NTV 7, TV 9, TV-Al-Hijrah, Astro Awani, Radio Bernama, Traxx FM, BFM dan Kelantan FM. Beliau memiliki pengalaman luas dalam pengurusan kanan, pentadbiran akademik, perkhidmatan latihan dan nasihat dalam pelbagai bidang termasuk analitik big data, perancangan/ pengurusan strategik, strategi bersaing, pengurusan sumber manusia, penyelidikan pemasaran/perniagaan, pengurusan silang-budaya, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial, pengurusan bukan keuntungan, dan pengurusan organisasi. Beliau telah menulis dan menerbit lebih dari 150 makalah dan artikel dalam dan luar negara termasuklah ‘top-tier journal’ dan juga seminar dan persidangan antarabangsa.

Maklumat Yuran Pendaftaran

Urusan pendaftaran dan pembayaran yuran masuk seminar boleh dibuat melalui pindahan wang ke akaun bank kami. Hantarkan resit pembayaran melalui Whatsapp untuk disahkan pembayaran.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi kami pada alamat dan nombor tertera.

Office / WhatsApp / Email

Jadual Acara

📅 Rabu, 10 Disember 2025
⏰ 9.30 pagi >>> 4.30 petang
📍 Tingkat 8, Menara Yayasan Tun Razak

Seminar Strategi Baru PKS Mendepani Era VUCA

Maklumat berkenaan seminar ini

 

Seminar Strategi Baru PKS Mendepani Era VUCA adalah seminar 1 hari yang padat dengan ilmu dan proven real strategies yang bakal menyelesaikan masalah bisnes anda dengan menghuraikan permasalahan yang membelenggu perkembangan bisnes dan menunjukkan cara bagaimana anda ingin menyusun strategi dalam masa yang tidak menentu ini.

VUCA adalah singkatan dari Volatile, Uncertain, Complex dan Ambiguity dan ia berkait dengan ketidaktentuan hala tuju perniagaan dan keadaan bisnes yang tidak stabil. Seterusnya mengganggu persekitaran pengurusan yang rumit serta akhirnya meletakkan masa depan syarikat dalam keadaan kabur dan keliru.

Seminar ini adalah pendekatan penyegaran semula untuk mengkaji dan menilai isu-isu kontemporari yang perlu diberi perhatian dan penelitian segera bagi membangkitkan semula PKS dalam lingkungan bisnes yang begitu mencabar pasca era digital.

About Us

Provide Business Coaching on Big Data, Finance, Marketing and People Analytics.

Contact Us

Office phone: +603 2163 8778
Fax: +603 2161 9411
Whatsapp: +6018 2523 643

Address : Level 8.01 Menara Yayasan Tun Razak No 200 Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur

Time : 9 am - 5 pm (Monday - Friday)